Rakan Web Anda
Bengkel Bina Laman Web

TENAGA PENGAJAR


"Sifu yang mengajar tu siapa? Bole caya ke?"

Cerita pasai sifu ni... Umur menghampiri 50, bertudung, mempunyai 6 orang anak.... ooppss.. cerita pasai lain pula... 
OK, sekarang serius.. Beliau telah berkecimpung dalam bidang web ini sejak awal tahun 2000 (dah 15 tahun ++), di mana beliau telah menubuhkan syarikat Titian Niaga Sdn Bhd (lebih dikenali sebagai Rakan Web Anda). 
Beliau adalah lulusan Sains Komputer (UTM). Beliau juga banyak mengkaji tentang internet marketing, internet advertising, SEO dan e-commerce. 

Teknik SEO adalah satu teknik yang lazim beliau gunakan untuk mendapat ranking di muka 1 Google dan Yahoo. Google sahaja nama beliau, atau kursus beliau juga nama web beliau, semuanya ada ranking yang pertama. 
Beliau banyak membina website untuk syarikat-syarikat korporat, kilang-kilang dan syarikat perniagaan terkemuka seperti www.DeRhu.com.my, www.CarltonHoliday.net, www.ksniaga.com.my, www.magnaprima.com.my dll.....


Kandungan Program


  •          ·Pengenalan kepada Laman Web
  •          ·Pemilihan dan pengurusan produk
  •           ·Pengenalan kepada ‘Domain & Hosting’
  •           ·Pemilihan dan pendaftaran nama domain
  •           ·Pemahaman konsep ‘Search Engine Optimization’
  •           ·Bagaimana menggunakan ‘Keyword Research?’
  •           ·Kenali Pesaing Anda
  •            ·Penyusunan struktur laman Web
  •             Penyediaan Informasi produk
  •            ·Pengenalan kepada pakej web
  •             ·Pengenalan kepada laman web DIY
  •             ·Pembentukan laman web
  •             ·Pengenalan kepada ‘Store On-Line'
  •             ·Pembukaan kedai Internet
  •             ·Pembinaan T&C kedai
  •             ·Teknik pemasaran & promosi melalui Internet

Persediaan Peserta

  • Bawa laptop sendiri (Kemudahan WiFi disediakan )
  • Bawa Kad Debit/Kredit (Untuk tujuan mendaftar Domain dan membeli Autoresponder)
  • Bawa Profil Produk/Servis yang anda ingin paparkan di laman web anda nanti (berbentuk softcopy)
  • Bawa Gambar-gambar Produk Anda (berbentuk softcopy)
  • Bawa Thumbdrive untuk menyalin beberapa applikasi dan dokumen
  • Sediakan 3 nama pilihan domain anda
  • Pakej web tidak termasuk di dalam pakej VIP, Personal & Online
  • Anda akan menggunakan Pakej Web 199.